Doa Selepas Solat Beserta Maksudnya.

Doa adalah salah satu daripada anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk hamba-hambaNya sebagai senjata yang amat berguna. Ianya dikurniakan kepada kita semua untuk membuat hajat dan memohon apa sahaja pertolongan daripada Yang Maha Esa. Apa yang lebih menggembirakan adalah ianya boleh dibuat hampir pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (melainkan terdapat beberapa larangan, seperti larangan berdoa di dalam tandas), terutamanya membacakan doa selepas solat.


doa selepas solat


Berdoa selepas solat adalah salah satu daripada waktu yang dikatakan paling adfhal kerana ia dibuat sejurus selepas kita menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Terdapat juga kaedah bacaan rumi untuk memudahkan sebutan dan bacaan. Doa-doa ini juga adalah ringkas dan mudah untuk dihafal. Perbuatan berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dalam setiap keadaan. Seseungguhnya doa juga adalah tempat kembalinya manusia setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar).

Klik Di Sini Untuk Doa Solat Dhuha.

Doa Selepas Solat Fardu:

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”.
(HR Tirmizi)
Seperti yang kita tahu, doa selepas solat termasuk antara waktu berdoa yang paling mustajab. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan setiap waktu selepas fardhu untuk membaca doa. Tidak perlu panjang, doa ringkas pun jadilah.
Selain doa dalam bahasa Arab, kita juga boleh berdoa sekadarnya dalam bahasa Melayu. Di sini kami kumpulkan ayat-ayat doa selepas solat yang boleh dijadikan amalan beserta maksudnya. Semoga ia lebih difahami, mudah diingati, dan dapat dihayati sepenuhnya.

1. PEMBUKAAN DOA:




 

2. SELAWAT KE ATAS NABI:


 

3. ISI DOA:










 

4. PENUTUP DOA:






*DOA TAMBAHAN

Jika dah hafal, boleh ditambah dengan ayat-ayat ini pada pertengahan doa (sebelum penutup).











Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah.

Klik Di Sini Untuk Surah Yasin Dan Fadhilatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Selawat Nabi: Kelebihan dan Lafaz Yang Sahih

Surah Yasin dan Fadhilat serta Manfaatnya