Solat Istikharah, Tata Cara dan Doanya.

Solat Istikharah

Solat Istikharah ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

solat istikharah



Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Klik Di Sini Untuk Selawat Nabi

Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. Dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
  • Atau;
  • Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
 c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e.  Selesai memberi salam, untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa Solat Istikharah


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya:
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Moga artikel Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul ini bermanfaat kepada semua. Wallahua'lam.
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu

Klik Di Sini Untuk Solat Sunat Hajat

Comments

Popular posts from this blog

Selawat Nabi: Kelebihan dan Lafaz Yang Sahih

Doa Selepas Solat Beserta Maksudnya.

Surah Yasin dan Fadhilat serta Manfaatnya