Solat Hajat : Tata Cara Ringkas Serta Doanya

Solat Hajat

Solat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

solat hajat


Klik Di Sini Untuk Selawat Nabi

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Waktu solat hajat ketika ingin mengerjakan ialah pada bila-bila masa sama siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Namun begitu dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan kekusyukkan, Insha Allah.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat
Berikut cara solat hajat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:
solat hajat

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan
Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
solat hajat


Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
cara solat


Doa Solat Sunat Hajat
Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.
solat hajat


Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
solat hajat


Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…
Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: JAKIM, MyWaktuSolat.com, Shafiqolbu

Klik Di Sini Untuk Solat Sunat Istikharah

Comments

Popular posts from this blog

Selawat Nabi: Kelebihan dan Lafaz Yang Sahih

Doa Selepas Solat Beserta Maksudnya.

Surah Yasin dan Fadhilat serta Manfaatnya