Solat Sunat Dhuha Dan Kelebihan Doa Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai luahan rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala barkah hidup yang diberikan-Nya. Doa Dhuha setelah selesai mengerjakan Solat Dhuha ini juga tidak kurang fadhilatnya. Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra: “Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”.


doa dhuha

Klik Disini Untuk Doa Selepas Solat Fardhu.

Solat Dhuha ialah solat sunnah yang dilakukan pada waktu Dhuha yaitu dimulai dari matahari setinggi galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) sehingga tergelincirnya matahari. Untuk jumlah rakaat Solat Dhuha paling sedikit dua rakaat dan paling banyak dua belas rakaat. Solat Dhuha merupakan solat sunah yang istimewa kerana mempunyai banyak keutamaan atau manfaatnya. Keutamaan Solat Dhuha diantaranya adalah:
  1. Solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikan tasbih, tahmid dan tahlil amar makruf dan nahi mungkar.
  2. Solat Dhuha merupakan wasiat dari Rasulullah Saw.
  3. Solat Dhuha dua rakaat pahalanya sama dengan sedekah yang dilakukan oleh 360 ruas tulang.
  4. Solat Dhuha empat rakaat yang dikerjakan dipagi hari, akan di balas Allah Swt, dengan mencukupkan keperluan orang tersebut pada siang harinya.
Dari salah satu keutamaan diatas jika kita ingin melancarkan rezeki amalkanlah Solat Dhuha setiap hari. Untuk bacaan niat Solat Dhuha hampir sama dengan solat pada umumnya. Kemudian setelah mengerjakan solat Dhuha, diikuti dengan membaca wirid dan membaca doa Dhuha. Berikut ini adalah bacaan doa setelah mengerjakan Solat Dhuha beserta ertinya:

Doa Dhuha
اَللّٰهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
 اَللّٰهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha adalah waktu DhuhaMu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahanMu, kekuatan adalah kekuatanMu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuhaMu, kekuasaanMu (wahai Tuhanku), limpahkan kepadaku apa yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

Itulah bacaan doa Dhuha beserta terjemahannya yang boleh dibaca setelah mengerjakan Solat Dhuha. Semoga dengan melakukan amalan Solat Dhuha setiap hari Allah Swt akan sentiasa mencukupkan rezeki kepada kita semua. Aamiin

Klik Di Sini Untuk Surah Yasin dan Fadhilatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Selawat Nabi: Kelebihan dan Lafaz Yang Sahih

Doa Selepas Solat Beserta Maksudnya.

Surah Yasin dan Fadhilat serta Manfaatnya